Wednesday, April 8, 2020

Kailan Goreng Pekasam Daging Mak Long


Masak apa tu.....


Hari ni, Jom kita masak sayur kailan. Biasanya masak kailan ikan masin yg femes.. Ni kita masak kailan goreng pekasam pulak. Mmg marbles sis.. 

Perrggh!! mudah sangat nak masak. Jom check resepi dulu.. 👇👇



Resepi Kailan Goreng Pekasam Daging Mak Long


1/4 Bungkus pekasam daging bersama beras

1 ulas bawang dimayang

2 sudu sos tiram

1 biji cili 

1/8 cawan air

Sedikit minyak utk menumis

Garam secukup rasa


Cara2

Panaskan minyak, masukkan bawang, goreng hingga naik aroma. Masukkan daging pekasam. Kacau. Tambah kan air dan sos tiram. Biar kan didih. Masukkan kailan. Kacau. Tambah garam jika perlu. Angkat untuk di hidangkan..


Mesti cuba tau... 

No comments:

Post a Comment