Wednesday, August 19, 2020

Bahagian Bahu Lembu (Chuck)

Daging lembu merupakan salah satu sumber makanan yang digemari oleh manusia kerana keenakannya serta khasiat yang terkandung dalam daging tersebut. Antara sumber nutrisi yang terdapat di dalam daging lembu ini ialah protein, zat besi, vitamin B6, vitamin B12, vitamin D dan banyak lagi. Ianya sangat sesuai di makan oleh semua golongan umur.

Di barat, daging lembu ini kebanyakannya di masak dengan cara panggang bagi mengekalkan khasiat yang ada dalam daging tersebut. Di Malaysia pula, terdapat pelbagai jenis masakan yang boleh dimasak berasaskan daging lembu.

Bahagian Bahu Lembu (Chuck)


Gambar : Kredit kepada Bahagian Bahu Lembu

Daging chuck atau lebih dikenali sebagai bahu lembu adalah salah satu bahagian yang mempunyai tekstur daging yang lembut.

Oleh kerana ianya lembut, daging bahagian ini amat sesuai dimasak dengan cara memanggang di dalam ketuhar atau dipanggang terus di atas api.


Sumber : Kredit kepada sklicious

No comments:

Post a Comment