Tuesday, August 18, 2020

Tulang Rusuk Lembu (Rib)

Tulang Rusuk Lembu (Rib)

Daging lembu merupakan salah satu sumber makanan yang digemari oleh manusia kerana keenakannya serta khasiat yang terkandung dalam daging tersebut. Antara sumber nutrisi yang terdapat di dalam daging lembu ini ialah protein, zat besi, vitamin B6, vitamin B12, vitamin D dan banyak lagi. Ianya sangat sesuai di makan oleh semua golongan umur.

Di barat, daging lembu ini kebanyakannya di masak dengan cara panggang bagi mengekalkan khasiat yang ada dalam daging tersebut. Di Malaysia pula, terdapat pelbagai jenis masakan yang boleh dimasak berasaskan daging lembu.

Gambar Tulang Rusuk Lembu (Rib) Kredit kepada :  debraggah 

Daging rusuk atau rib adalah merupakan daging yang terletak di sekitar tulang rusuk seekor lembu. Bahagian ini meliputi bahagian utama daging lembu yang biasa digunakan didalam masakan.

Seluruh bahagian daging rusuk ini terdiri daripada beberapa rusuk berjumlah sekitar 6 sampai dengan 12; untuk potongan daging rusuk yang akan digunakan boleh terdiri daripada 2 sampai dengan 7 tulang rusuk. Daging rusuk ini kebanyakannya boleh didapati di restoran-restoran yang menghidangkan masakan ala barat.


Sumber : Kredit kepada sklicious

No comments:

Post a Comment