Thursday, September 3, 2020

Masak apa tuuuu


Haiiii koranggg.. Nak masak apa tu??? Tak tahu nak masak apa??? Aaaiiseee... 
Kite goreng pekasam daging mak long aje. Mudah nak disediakan, anak2 pun suka. Makan dgn nasi panas2 mmg tak toleh kiri kanan dah. Sedar habis sepinggan. . 
.
.
.
.

PEKASAM DAGING MAK LONG ni, rasanya enak, lain dari yg lain.. Mudah disediakan & boleh dipelbagaikan. Menggunakan daging terpilih yg diadun dgn ramuan asli resepi warisan menjadikan Pekasam Daging Mak Long cukup unik. Dibungkus dgn pembungkus aluminium utk menjamin kesegaran daging. Mesti cuba. Harganya pun murah aje. RM10/pek. Tak sedar makan bertambah2. 
.
Ce mana nak beli? klik jer;
Klik link di bio
Pos seluruh Malaysia.
.
.
Agen wanted seluruh Malaysia. Jom jana pendapatan keluarga dgn Pekasam Daging Mak Long. Produk laku keras. Info lanjut klik jer http://pekasamdagingmaklong.wasap.my , taip nak jadi agen.
.
.
#pekasamdagingmaklong #pekasamdaging #pekasamviral #pkp #stayathome #kitajagakita #kitamestimenang #covid19malaysia #pekasamutara #pekasamenak #pekasammurah #pekasamketagih #pekasam #pekasamlazat #pekasamsedap #sihatmilikku #walkthetalk #pekasamdagingmaklonghq

Friday, August 28, 2020

Tulang Lembu

Gambar kredit kepada : Tulang Lembu

Tulang lembu ini biasanya terdapat dalam bentuk sup. Rakyat Malaysia amat menggemari bahagian ini apabila ia dijadikan sup. Selain daripada itu, khasiat yang terdapat pada bahagian ini juga telah membuatkannya mendapat permintaan yang tinggi di pasaran. Tulang lembu jenis ini berasal daripada tulang belakang, tulang rawan, tulang leher lembu dan tulang kepala.

Gambar kredit kepada : Dalca Tulang


Sumber : Kredit kepada sklicious

Thursday, August 27, 2020

Ekor Lembu


Gambar kredit kepada : Ekor lembu

Ekor lembu merupakan salah satu bahagian yang mempunyai harga yang agak tinggi di pasaran. Ini kerana, permintaannya yang agak tinggi di pasaran serta khasiatnya dikatakan telah mempengaruhi harga pasaran. Lazimnya, bahagian ini banyak dihidangkan dalam bentuk sup.


Gambar Kredit kepada : Sup Ekor



Sumber : Kredit kepada sklicious

Wednesday, August 26, 2020

Menu simple tapi sangattt sedap

Hujan renyai2 malam ni.. Perut pun haruss lahh lapar. Buka peti sejuk, nampak pekasam daging mak long. Memang menu paling tepat lah malam ni. Nak sediakan pun senang. Campak2 jer.. Gerenti sedap. Kena dengan nasi panas2.. Mmg ohsem sangat.. Tak toleh kiri kanan dah.. Rugiii oo tak cuba. Joommm

.

.

.


PEKASAM DAGING MAK LONG ni, rasanya enak, lain dari yg lain.. Mudah disediakan & boleh dipelbagaikan. Menggunakan daging terpilih yg diadun dgn ramuan asli resepi warisan menjadikan Pekasam Daging Mak Long cukup unik. Dibungkus dgn pembungkus aluminium utk menjamin kesegaran daging. Mesti cuba. Harganya pun murah aje. RM10/pek. Tak sedar makan bertambah2. 

.

Ce mana nak beli? klik jer;

http://pekasammaklonghq.wasap.my

Klik link di bio

@pekasamdagingmaklong_hq

Pos seluruh Malaysia.

.

.

Agen wanted seluruh Malaysia. Jom jana pendapatan keluarga dgn Pekasam Daging Mak Long. Produk laku keras. Info lanjut klik jer http://pekasamdagingmaklong.wasap.my , taip nak jadi agen.

.

.

#pekasamdagingmaklong #pekasamdaging #pekasamviral #stayathome  #kitamestimenang  #pekasamutara #pekasamenak #pekasammurah #pekasamketagih #pekasam #pekasamlazat #pekasamsedap #sihatmilikku  #pekasamdagingmaklonghq

Lutut/Sendi Lembu (Gearbox)

Lutut/Sendi Lembu (Gearbox)

Gambar : Kredit Kepada Sendi Lembu

Gearbox merupakan salah satu bahagian tulang lutut/sendi seekor lembu. Bahagian ini mendapat nama jolokan gearbox kerana bentuknya yang seakan-akan kotak gear sebuah kereta.

Bahagian ini amat digemari oleh orang Malaysia. Bahagian ini amat istimewa kerana mempunyai lemak yang lembut di dalam tulang tersebut. Uniknya gearbox ini adalah, untuk mendapatkan lemak lembut yang terletak di dalam bahagian tulang tersebut, anda perlu menggunakan straw untuk menyedutnya.

Selain daripada sup, gearbox ini juga boleh dimasak menjadikan masak lemak, masak merah dan banyak lagi. Namun hidangan yang paling digemari oleh rakyat Malaysia adalah apabila ianya dijadikan sup.

Kredit kepada : Sup GearBox



Sumber : Kredit kepada sklicious

Tuesday, August 25, 2020

Paru Lembu

Paru Lembu

Gambar : Kredit kepada Paru Lembu

Paru lembu merupakan salah satu organ pernafasan yang terdapat pada lembu. Paru lembu ini mempunyai peminatnya yang tersendiri kerana tekstur dagingnya yang kenyal tetapi lembut.

Lazimnya, paru lembu ini akan dimasak secara goreng berlada, sambal, goreng kicap dan masak kering. Ianya juga turut sesuai dicampurkan didalam bihun/mee sup.


Sumber : Kredit kepada sklicious

Monday, August 24, 2020

Hati Lembu

Hati Lembu

Gambar : Kredit kepada Hati lembu

Hati lembu kebiasannya dihidangkan dalam masakan jenis bergoreng. Permintaan untuk bahagian ini agak rendah sedikit berbanding dengan bahagian-bahagian daging lembu yang lain.

Hati lembu ini lazimnya dibuat rendang. Di Pulau Pinang, hati lembu ini banyak digunakan didalam menu pasembor mereka.


Sumber : Kredit kepada sklicious

Sunday, August 23, 2020

Perut Lembu

Perut Lembu

Gambar : Kredit kepada Perut lembu 

Perut lembu adalah salah satu bahagian yang mempunyai peminatnya tersendiri di Malaysia. Antara masakan yang boleh dimasak menggunakan perut lembu ini untuk dijadikan hidangan ialah sup perut, masak lemak dan banyak lagi.

Perut lembu ini kebiasannya agak kenyal sedikit, namun itulah yang menjadikannya digemari. Perut lembu yang mentah perlu dibersihkan terlebih dahulu sebelum dimasak. Proses pembersihan bahagian ini memerlukan masa yang agak lama sedikit bagi membersihkan sisa kotoran yang terdapat pada bahagian ini.


Gambar kredit kepada : Perut Air Asam




Sumber : Kredit kepada sklicious

Saturday, August 22, 2020

Kaki Lembu

Kaki Lembu

Gambar : kredit kepada Kaki Lembu

Kebiasaannya cara masakan kaki lembu sangat sesuai untuk dibuat Sup dan masak gulai lemak Cili Api disebabkan teksturnya yang berlemak. Tak ramai yang tahu cara proses dan memasak bahagian kaki lembu ini dan permintaan juga agak kurang.

Selain daripada digunakan sebagai hidangan dalam sesebuah makanan, kaki lembu ini juga turut digunakan dalam perubatan tradisional. Lazimnya, orang-orang kampung akan menggunakan tapak lembu ini untuk tujuan mengurut.



Sumber : Kredit kepada sklicious

Friday, August 21, 2020

Daging Pejal

Daging Pejal

Gambar : Kredit kepada Daging Pejal

Daging pejal ini merupakan bahagian isi daging yang mempunyai kadar lemak yang sederhana. Daging jenis ini sering digunakan dalam masakan melayu. Ianya juga turut digunakan untuk membuat satay.

Daging ini meliputi 70% daripada keseluruhan daging seekor lembu dewasa. Biasanya terdapat disekitar kaki depan dan belakang. Daging jenis ini sesuai dimasak dengan pelbagai cara.



Sumber : Kredit kepada sklicious

Thursday, August 20, 2020

Daging Batang Pinang (Sirloin)

Daging Batang Pinang (Sirloin)


Gambar : Kredit kepada Daging Batang Pinang

Daging batang pinang atau lebih dikenali dalam bahasa saintifiknya ‘Sirloin’ ialah bahagian daging lembu yang terdapat dari pinggang atas belakang seekor lembu. Daging bahagian ini mempunyai kandungan lemak yang agak rendah.

Secara lazimnya, daging ini boleh dinikmati di restoran-restoran yang menghidangkan masakan ala barat. Kerana kelembutan serta keenakan yang terdapat pada bahagian ini, ianya selalunya dijadikan ‘steak’ bagi penggemar makanan barat. Daging bahagian ini dimasak secara panggang, namun perlu berhati-hati kerana daging bahagian ini mudah kering jika dipanggang terlalu lama.

Biasanya bahagian daging ini di gunakan untuk masakan kari, rendang, gulai atau kurma dan ianya juga turut digunakan untuk membuat satay.


Sumber : Kredit kepada sklicious

Wednesday, August 19, 2020

Salam 1 Muharram 1442H

 

Doa Akhir Tahun & Awal Tahun

Doa Akhir Tahun

Bilakah waktu untuk membaca doa ini?

Bacaan doa akhir tahun ini digalakkan untuk dibaca pada petang selepas waktu Asar pada 29 atau 30 Zulhijjah.

Dengan nama Allah Yang Maha Mengasihani Lagi Maha Merahmati.

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam.

Selawat dan salam ke atas tuan dan penghulu kami, Nabi Muhammad, ke atas ahli keluarga Baginda, dan para sahabatnya sekalian.

Ya Allah, apa jua yang aku telah lakukan di dalam tahun ini daripada perkara yang Engkau telah tegah lalu aku tidak bertaubat daripadanya dan Engkau tidak redha serta tidak melupakannya, Engkau mengasihiku selepas Engkau berkuasa untuk menghukumku, dan Engkau menyeru kepadaku supaya bertaubat daripadanya selepas keberanianku melakukan maksiat kepada-Mu.

Maka sesungguhnya aku memohon ampun kepadaMu, ampunilah aku.

Apa jua perkara yang telah aku lakukan  di dalam tahun ini daripada sesuatu yang Engkau redha dan Engkau menjanjikan ganjaran kepadaku, maka aku memohon kepadaMu wahai Tuhan Yang Maha Mulia, wahai Tuhan Yang Memiliki Kebesaran dan Kemuliaan, supaya Engkau menerimanya (amalan baik) daripadaku.

Dan janganlah Engkau memutuskan harapanku kepadaMu wahai Tuhan Yang Maha Mulia.

Semoga Allah melimpahkan selawat ke atas tuan kami, Nabi Muhammad, ke atas ahli keluarga Baginda, para sahabatnya, dan limpahkan kesejahteraan (kepada mereka).

Segala pujian hanyalah bagi Allah, Tuhan sekalian alam.

Ya Allah, perkenankanlah.

.............................................................................................................................

Doa Awal Tahun

Doa awal tahun dibaca pada selepas waktu Maghrib sebanyak 3 kali pada malam 1 Muharram.

engan nama Allah Yang Maha Mengasihani lagi Maha Merahmati.

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam.

Selawat dan salam ke atas tuan dan penghulu kami, Nabi Muhammad, ke atas ahli keluarga Baginda, dan para sahabatnya sekalian.

Ya Allah, Engkaulah yang kekal abadi, sediakala, lagi terawal, Engkau berada di atas kelebihan-Mu yang besar, dan kemurahanMu yang melimpah-ruah.

Ini adalah tahun baru yang telah sampai kepada kami.

Kami memohon kepadaMu perlindungan di dalamnya (tahun ini) daripada syaitan, para pembantunya, dan bala tenteranya, (kami memohon) bantuan untuk mengatasi nafsu amarah yang mengajak ke arah kejahatan, dan kesibukan dengan perkara-perkara yang mendekatkan kami kepadaMu sedekat-dekatnya, wahai Tuhan yang memiliki kebesaran dan kemulian, wahai Tuhan Yang Maha Mengasihani.

Semoga Allah melimpahkan selawat ke atas tuan kami, Nabi Muhammad, ke atas ahli keluarga Baginda, para sahabatnya, dan limpahkanlah kesejahteraan (kepada mereka).

Segala pujian hanyalah bagi Allah, Tuhan sekalian alam.

Ya Allah, perkenankanlah.