Friday, August 28, 2020

Tulang Lembu

Gambar kredit kepada : Tulang Lembu

Tulang lembu ini biasanya terdapat dalam bentuk sup. Rakyat Malaysia amat menggemari bahagian ini apabila ia dijadikan sup. Selain daripada itu, khasiat yang terdapat pada bahagian ini juga telah membuatkannya mendapat permintaan yang tinggi di pasaran. Tulang lembu jenis ini berasal daripada tulang belakang, tulang rawan, tulang leher lembu dan tulang kepala.

Gambar kredit kepada : Dalca Tulang


Sumber : Kredit kepada sklicious

Thursday, August 27, 2020

Ekor Lembu


Gambar kredit kepada : Ekor lembu

Ekor lembu merupakan salah satu bahagian yang mempunyai harga yang agak tinggi di pasaran. Ini kerana, permintaannya yang agak tinggi di pasaran serta khasiatnya dikatakan telah mempengaruhi harga pasaran. Lazimnya, bahagian ini banyak dihidangkan dalam bentuk sup.


Gambar Kredit kepada : Sup Ekor



Sumber : Kredit kepada sklicious

Wednesday, August 26, 2020

Menu simple tapi sangattt sedap

Hujan renyai2 malam ni.. Perut pun haruss lahh lapar. Buka peti sejuk, nampak pekasam daging mak long. Memang menu paling tepat lah malam ni. Nak sediakan pun senang. Campak2 jer.. Gerenti sedap. Kena dengan nasi panas2.. Mmg ohsem sangat.. Tak toleh kiri kanan dah.. Rugiii oo tak cuba. Joommm

.

.

.


PEKASAM DAGING MAK LONG ni, rasanya enak, lain dari yg lain.. Mudah disediakan & boleh dipelbagaikan. Menggunakan daging terpilih yg diadun dgn ramuan asli resepi warisan menjadikan Pekasam Daging Mak Long cukup unik. Dibungkus dgn pembungkus aluminium utk menjamin kesegaran daging. Mesti cuba. Harganya pun murah aje. RM10/pek. Tak sedar makan bertambah2. 

.

Ce mana nak beli? klik jer;

http://pekasammaklonghq.wasap.my

Klik link di bio

@pekasamdagingmaklong_hq

Pos seluruh Malaysia.

.

.

Agen wanted seluruh Malaysia. Jom jana pendapatan keluarga dgn Pekasam Daging Mak Long. Produk laku keras. Info lanjut klik jer http://pekasamdagingmaklong.wasap.my , taip nak jadi agen.

.

.

#pekasamdagingmaklong #pekasamdaging #pekasamviral #stayathome  #kitamestimenang  #pekasamutara #pekasamenak #pekasammurah #pekasamketagih #pekasam #pekasamlazat #pekasamsedap #sihatmilikku  #pekasamdagingmaklonghq

Lutut/Sendi Lembu (Gearbox)

Lutut/Sendi Lembu (Gearbox)

Gambar : Kredit Kepada Sendi Lembu

Gearbox merupakan salah satu bahagian tulang lutut/sendi seekor lembu. Bahagian ini mendapat nama jolokan gearbox kerana bentuknya yang seakan-akan kotak gear sebuah kereta.

Bahagian ini amat digemari oleh orang Malaysia. Bahagian ini amat istimewa kerana mempunyai lemak yang lembut di dalam tulang tersebut. Uniknya gearbox ini adalah, untuk mendapatkan lemak lembut yang terletak di dalam bahagian tulang tersebut, anda perlu menggunakan straw untuk menyedutnya.

Selain daripada sup, gearbox ini juga boleh dimasak menjadikan masak lemak, masak merah dan banyak lagi. Namun hidangan yang paling digemari oleh rakyat Malaysia adalah apabila ianya dijadikan sup.

Kredit kepada : Sup GearBox



Sumber : Kredit kepada sklicious

Tuesday, August 25, 2020

Paru Lembu

Paru Lembu

Gambar : Kredit kepada Paru Lembu

Paru lembu merupakan salah satu organ pernafasan yang terdapat pada lembu. Paru lembu ini mempunyai peminatnya yang tersendiri kerana tekstur dagingnya yang kenyal tetapi lembut.

Lazimnya, paru lembu ini akan dimasak secara goreng berlada, sambal, goreng kicap dan masak kering. Ianya juga turut sesuai dicampurkan didalam bihun/mee sup.


Sumber : Kredit kepada sklicious

Monday, August 24, 2020

Hati Lembu

Hati Lembu

Gambar : Kredit kepada Hati lembu

Hati lembu kebiasannya dihidangkan dalam masakan jenis bergoreng. Permintaan untuk bahagian ini agak rendah sedikit berbanding dengan bahagian-bahagian daging lembu yang lain.

Hati lembu ini lazimnya dibuat rendang. Di Pulau Pinang, hati lembu ini banyak digunakan didalam menu pasembor mereka.


Sumber : Kredit kepada sklicious

Sunday, August 23, 2020

Perut Lembu

Perut Lembu

Gambar : Kredit kepada Perut lembu 

Perut lembu adalah salah satu bahagian yang mempunyai peminatnya tersendiri di Malaysia. Antara masakan yang boleh dimasak menggunakan perut lembu ini untuk dijadikan hidangan ialah sup perut, masak lemak dan banyak lagi.

Perut lembu ini kebiasannya agak kenyal sedikit, namun itulah yang menjadikannya digemari. Perut lembu yang mentah perlu dibersihkan terlebih dahulu sebelum dimasak. Proses pembersihan bahagian ini memerlukan masa yang agak lama sedikit bagi membersihkan sisa kotoran yang terdapat pada bahagian ini.


Gambar kredit kepada : Perut Air Asam




Sumber : Kredit kepada sklicious

Saturday, August 22, 2020

Kaki Lembu

Kaki Lembu

Gambar : kredit kepada Kaki Lembu

Kebiasaannya cara masakan kaki lembu sangat sesuai untuk dibuat Sup dan masak gulai lemak Cili Api disebabkan teksturnya yang berlemak. Tak ramai yang tahu cara proses dan memasak bahagian kaki lembu ini dan permintaan juga agak kurang.

Selain daripada digunakan sebagai hidangan dalam sesebuah makanan, kaki lembu ini juga turut digunakan dalam perubatan tradisional. Lazimnya, orang-orang kampung akan menggunakan tapak lembu ini untuk tujuan mengurut.



Sumber : Kredit kepada sklicious

Friday, August 21, 2020

Daging Pejal

Daging Pejal

Gambar : Kredit kepada Daging Pejal

Daging pejal ini merupakan bahagian isi daging yang mempunyai kadar lemak yang sederhana. Daging jenis ini sering digunakan dalam masakan melayu. Ianya juga turut digunakan untuk membuat satay.

Daging ini meliputi 70% daripada keseluruhan daging seekor lembu dewasa. Biasanya terdapat disekitar kaki depan dan belakang. Daging jenis ini sesuai dimasak dengan pelbagai cara.



Sumber : Kredit kepada sklicious

Thursday, August 20, 2020

Daging Batang Pinang (Sirloin)

Daging Batang Pinang (Sirloin)


Gambar : Kredit kepada Daging Batang Pinang

Daging batang pinang atau lebih dikenali dalam bahasa saintifiknya ‘Sirloin’ ialah bahagian daging lembu yang terdapat dari pinggang atas belakang seekor lembu. Daging bahagian ini mempunyai kandungan lemak yang agak rendah.

Secara lazimnya, daging ini boleh dinikmati di restoran-restoran yang menghidangkan masakan ala barat. Kerana kelembutan serta keenakan yang terdapat pada bahagian ini, ianya selalunya dijadikan ‘steak’ bagi penggemar makanan barat. Daging bahagian ini dimasak secara panggang, namun perlu berhati-hati kerana daging bahagian ini mudah kering jika dipanggang terlalu lama.

Biasanya bahagian daging ini di gunakan untuk masakan kari, rendang, gulai atau kurma dan ianya juga turut digunakan untuk membuat satay.


Sumber : Kredit kepada sklicious

Wednesday, August 19, 2020

Salam 1 Muharram 1442H

 

Doa Akhir Tahun & Awal Tahun

Doa Akhir Tahun

Bilakah waktu untuk membaca doa ini?

Bacaan doa akhir tahun ini digalakkan untuk dibaca pada petang selepas waktu Asar pada 29 atau 30 Zulhijjah.

Dengan nama Allah Yang Maha Mengasihani Lagi Maha Merahmati.

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam.

Selawat dan salam ke atas tuan dan penghulu kami, Nabi Muhammad, ke atas ahli keluarga Baginda, dan para sahabatnya sekalian.

Ya Allah, apa jua yang aku telah lakukan di dalam tahun ini daripada perkara yang Engkau telah tegah lalu aku tidak bertaubat daripadanya dan Engkau tidak redha serta tidak melupakannya, Engkau mengasihiku selepas Engkau berkuasa untuk menghukumku, dan Engkau menyeru kepadaku supaya bertaubat daripadanya selepas keberanianku melakukan maksiat kepada-Mu.

Maka sesungguhnya aku memohon ampun kepadaMu, ampunilah aku.

Apa jua perkara yang telah aku lakukan  di dalam tahun ini daripada sesuatu yang Engkau redha dan Engkau menjanjikan ganjaran kepadaku, maka aku memohon kepadaMu wahai Tuhan Yang Maha Mulia, wahai Tuhan Yang Memiliki Kebesaran dan Kemuliaan, supaya Engkau menerimanya (amalan baik) daripadaku.

Dan janganlah Engkau memutuskan harapanku kepadaMu wahai Tuhan Yang Maha Mulia.

Semoga Allah melimpahkan selawat ke atas tuan kami, Nabi Muhammad, ke atas ahli keluarga Baginda, para sahabatnya, dan limpahkan kesejahteraan (kepada mereka).

Segala pujian hanyalah bagi Allah, Tuhan sekalian alam.

Ya Allah, perkenankanlah.

.............................................................................................................................

Doa Awal Tahun

Doa awal tahun dibaca pada selepas waktu Maghrib sebanyak 3 kali pada malam 1 Muharram.

engan nama Allah Yang Maha Mengasihani lagi Maha Merahmati.

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam.

Selawat dan salam ke atas tuan dan penghulu kami, Nabi Muhammad, ke atas ahli keluarga Baginda, dan para sahabatnya sekalian.

Ya Allah, Engkaulah yang kekal abadi, sediakala, lagi terawal, Engkau berada di atas kelebihan-Mu yang besar, dan kemurahanMu yang melimpah-ruah.

Ini adalah tahun baru yang telah sampai kepada kami.

Kami memohon kepadaMu perlindungan di dalamnya (tahun ini) daripada syaitan, para pembantunya, dan bala tenteranya, (kami memohon) bantuan untuk mengatasi nafsu amarah yang mengajak ke arah kejahatan, dan kesibukan dengan perkara-perkara yang mendekatkan kami kepadaMu sedekat-dekatnya, wahai Tuhan yang memiliki kebesaran dan kemulian, wahai Tuhan Yang Maha Mengasihani.

Semoga Allah melimpahkan selawat ke atas tuan kami, Nabi Muhammad, ke atas ahli keluarga Baginda, para sahabatnya, dan limpahkanlah kesejahteraan (kepada mereka).

Segala pujian hanyalah bagi Allah, Tuhan sekalian alam.

Ya Allah, perkenankanlah.

Bahagian Bahu Lembu (Chuck)

Daging lembu merupakan salah satu sumber makanan yang digemari oleh manusia kerana keenakannya serta khasiat yang terkandung dalam daging tersebut. Antara sumber nutrisi yang terdapat di dalam daging lembu ini ialah protein, zat besi, vitamin B6, vitamin B12, vitamin D dan banyak lagi. Ianya sangat sesuai di makan oleh semua golongan umur.

Di barat, daging lembu ini kebanyakannya di masak dengan cara panggang bagi mengekalkan khasiat yang ada dalam daging tersebut. Di Malaysia pula, terdapat pelbagai jenis masakan yang boleh dimasak berasaskan daging lembu.

Bahagian Bahu Lembu (Chuck)


Gambar : Kredit kepada Bahagian Bahu Lembu

Daging chuck atau lebih dikenali sebagai bahu lembu adalah salah satu bahagian yang mempunyai tekstur daging yang lembut.

Oleh kerana ianya lembut, daging bahagian ini amat sesuai dimasak dengan cara memanggang di dalam ketuhar atau dipanggang terus di atas api.


Sumber : Kredit kepada sklicious

Tuesday, August 18, 2020

Tulang Rusuk Lembu (Rib)

Tulang Rusuk Lembu (Rib)

Daging lembu merupakan salah satu sumber makanan yang digemari oleh manusia kerana keenakannya serta khasiat yang terkandung dalam daging tersebut. Antara sumber nutrisi yang terdapat di dalam daging lembu ini ialah protein, zat besi, vitamin B6, vitamin B12, vitamin D dan banyak lagi. Ianya sangat sesuai di makan oleh semua golongan umur.

Di barat, daging lembu ini kebanyakannya di masak dengan cara panggang bagi mengekalkan khasiat yang ada dalam daging tersebut. Di Malaysia pula, terdapat pelbagai jenis masakan yang boleh dimasak berasaskan daging lembu.

Gambar Tulang Rusuk Lembu (Rib) Kredit kepada :  debraggah 

Daging rusuk atau rib adalah merupakan daging yang terletak di sekitar tulang rusuk seekor lembu. Bahagian ini meliputi bahagian utama daging lembu yang biasa digunakan didalam masakan.

Seluruh bahagian daging rusuk ini terdiri daripada beberapa rusuk berjumlah sekitar 6 sampai dengan 12; untuk potongan daging rusuk yang akan digunakan boleh terdiri daripada 2 sampai dengan 7 tulang rusuk. Daging rusuk ini kebanyakannya boleh didapati di restoran-restoran yang menghidangkan masakan ala barat.


Sumber : Kredit kepada sklicious

Assalamualaikum.



Bermimpilah setinggi langit, lalu bekerja keras lah untuk mewujudkan mimpi2 itu.


Monday, August 17, 2020

30 PEK PEKASAM DAGING MAK LONG

Alhamdulillah semua order selesai dah pos. Awal kite pos hari ni. Byk komitmen hari ni.. 😀😀. Tak pernah ya tak busy kite ni.. Semoga  cepat sampai ke destinasi. 😍
.
Syukur Alhamdulillah semakin hari, makin besar team Mak Long. In sha Allah akan bertambah grow lagi. Semoga Allah permudahkan urusan jualan team Mak Long. 
.
Ada yg nak join team ke? Klik link kat bawah 👇 yer... 
.
http://pekasamdagingmaklong.wasap.my 
PEKASAM DAGING MAK LONG ni, rasanya enak, lain dari yg lain.. Mudah disediakan & boleh dipelbagaikan. Adunan ramuan yg asli tanpa bahan pengawet. Dibungkus dgn pembungkus aluminium utk menjamin kesegaran daging. Mesti cuba. Harganya pun murah aje. RM10/pek. Pembuka selera.
.
Ce mana nak beli? klik jer;
http://pekasammaklonghq.wasap.my 
http://pekasammaklonghq.wasap.my 
http://pekasammaklonghq.wasap.my 
.
Pos seluruh Malaysia.
.
Boleh juga jika nak buat pembelian dgn shopee, picit link nih;
https://shopee.com.my/ina2202
.
Agen wanted seluruh Malaysia. Jom jana pendapatan keluarga dgn Pekasam Daging Mak Long. Produk laku keras. Info lanjut klik jer http://pekasamdagingmaklong.wasap.my , taip nak jadi agen.
.
.
#pekasamdagingmaklong #pekasamdaging #pekasamviral #pkp #stayathome #kitajagakita #kitamestimenang #covid19 #pekasamutara #pekasamenak #kakiviral #meletop #lunch #dinner #sihatmilikku #kitateguhkitamenang #COVID19Malaysia #mco #masakapaharini #kakimasak #kitamenang #nakmenangdah # #pekasammurah #pekasamketagih #pekasam #pekasamlazat #pekasamsedap #pekasamdaging #alhamdulillah #syukurselalu

STOCK SAMPAI, TERUS SOLD OUT.


Bukan bishe2 ni penangan Pekasam Daging Mak Long memang hebat. Aura dia.. Pergghh lain maciammm...

Stok Sue, agent Bukit Rotan ni baru jer sampai pagi tadi. Terus sold out. Transit aje.. Mmg ramaiiiiii #teampekasammaklong cam ni. Laris betul jualan. Terus repeat order..  

Orang2 Bukit Rotan, meh cepat2 booking Pekasam Daging Mak Long dgn Sue. Kalo tak.. Mmg kena tunggu next batch la.. Klik link ni yer.. www.wasap.my/601129441759/pekasam

Senang di masak dan sedap dimakan.. Semestinya Pekasam Daging Mak Long. Aroma pembuka selera. 😍

9 potongan lembu yang anda perlu tahu sebelum beli daging.

 


Selepas disembelih, lembu akan dilapah untuk diasingkan bahagian kulit, daging, tulang dan organ dalaman lembu.

Sebenarnya nama potongan daging di dalam bahasa Melayu sukar dicari kerana kemungkinan di Malaysia industri penternakan lembu pedaging tidak sehebat di negara luar seperti Australia, New Zealand, Amerika, Jepun atau India. Malaysia masih mengimport sejumlah lebih 20,000 metrik tan daging sejuk beku atau dengan kiraan lebih kurang 1.5 juta ekor diimport setiap tahun dari Australia, New Zealand dan India.

Penggunaan daging adalah berbeza mengikut potongan dan kegunaan. Di kawasan Asia dan di Negara kita, daging lembu banyak digunakan sebagai makanan berempah dan bersantan seperti sup tulang, kari daging, masak kuzi, sate dan juga rendang.

Rakyat Malaysia juga banyak menggunakan bahagian lembu yang lain seperti paru, perut, usus, ekor, kepala, otak, kulit, urat, tulang, sesendi dan hati sebagai makanan dan dikenali juga dengan makanan yang eksotik.

Di Amerika, Australia dan beberapa Negara lain, kebanyakan potongan daging ini dimasak steak, stew, daging kisar dan lain lain lagi.



Credit: https://www.halperns.com/wp-content/uploads/2016/10/Slide3-1.jpg

9 bahagian utama tersebut adalah :

1) Chuck.
  • Chuck atau lebih dikenali sebagai shoulder (bahu) lembu antara bahagian yang mempunyai tekstur daging yang lembut tetapi kelembutannya tidak setanding bahagian Rib, Short loin atau Sirloin.

  • Biasanya sesuai dipanggang di dalam ketuhar (broiled) atau dipanggang terus di atas api (grilled). Untuk potongan yang agak tebal, boleh dimasak dengan cecair menggunakan periuk seramik.

2) Rib (Tulang Rusuk).
  • Rib merupakan potongan premium yang paling digemari. Antara potongan yang sesuai untuk masakan steak adalah Ribeye, Back Ribs dan Ribeye Filet. Selalunya, daging dibahagian tulang agak manis dan mempunyai rasa yang unik.

3) Short loin.
  • Terletak di bahagian belakang lembu di tengah tengah badan lembu. Antara potongan steak yang digunakan dibahagian ini adalah Porterhouse Steak, T-bone steak dan Strip Steak.

  • Di sini juga terletak bahagian paling disukai oleh ramai iaitu Terderloin atau dikenali sebagai daging ‘batang pinang’. Mempunyai tekstur daging yang lembut dan tiada lapisan lemak.

4) Sirloin.
  • Bahagian ini merupakan antara bahagian daging paling lembut. Otot ini paling kurang bergerak menyebabkan bahagian ini merupakan daging yang paling lembut. Antara potongan yang terbaik untuk membuat steak dari bahagian ini adalah Tri-Tip Steak, Top Sirloin Filet, Top Sirloin Steak dan Sirloin Steak.

  • Terdapat bahagian yang unik di mana daging yang bercampur dengan lemak tidak tepu yang membuatkan daging ini mempunyai rasa lemak (buttery) setelah dimasak.

  • Daging ini terletak di bahagian celah paha bahagian kaki belakang lembu dan dikenali sebagai daging ‘harimau menangis’. Harganya dinilai dengan tinggi kerana ia terhad kerana kedudukannya hanya berada dua bahagian pada seekor lembu yang disembelih.

5) Round.
  • Merupakan potongan daging di bahagian kaki belakang hingga ke punggung lembu. Bahagian ini selalu bergerak dan dagingnya agak pejal dan liat sedikit berbanding potongan bahagian lain.

  • Antara potongan yang digunakan untuk steak adalah Top Round Steak, Bottom Round Roast, Rump Roast, London Broil dan Eye of Round Steak. Daging dimasak dengan kaedah masak di dalam ketuhar (broiled).

6) Plate.
  • Bahagian potongan ini adalah terletak di bawah rib seperempat bahagian perut lembu. Biasanya daging ini agak liat, mengandungi lemak dan dijual pada harga rendah berbanding bahagian lain. Sesuai untuk masakan yang mengambil masa agak lama seperti masak stew dan rendang.

7) Brisket.
  • Bahagian ini terletak di bawah bahagian bahu hingga bahagian dada lembu. Ini juga otot yang banyak bergerak dan dagingnya agak liat berbanding bahagian lain. Sesuai untuk jenis masakan yang mengambil masa lama atau merebus.

8) Shank.
  • Potongan bahagian ini merupakan daging bahagian kaki. Ianya daging yang mempunyai otot yang paling pejal, mempunyai bahagian urat dan agak liat. Juga sesuai untuk masakan yang mengambil masa yang lama atau merebus.


9) Flank.
  • Bahagian ini terletak di sebelah bawah di antara perut dengan bahagian kaki belakang lembu. Lapisan permukaan lemak telah diasingkan pada bahagian kanan. Potongan ini agak panjang dan rata.

  • Antara hidangan yang menggunakan potongan ini adalah London Broil atau alternatif daging yang digrill yang dimakan bersama fajitas atau wrap. Dagingnya juga setanding potongan premium yang lain.




Kredit to : kaysteaklobster

Friday, August 14, 2020

CARA PENYIMPANAN PEKASAM DAGING MAK LONG

'TERIMA KASIH ATAS PEMBELIAN ANDA'

Jika produk diterima dalam keadaan kembung, bocor dan terbuka, ini adalah di sebabkan sifat semulajadi yang bergas. Simpan dalam peti sejuk selama 2 jam sebelum dibuka.


CARA PENYIMPANAN PRODUK


1. SIMPAN DI SUHU BILIK

- Simpan di tempat yang sejuk dan tidak terdedah kepada cahaya matahari.

- Tahan selama 4 minggu dari tarikh penerimaan

- Sebelum buka bungkusan, simpan pada suhu bilik, selepas dibuka, simpan dalam chiller. 

- Tahan 12 minggu selepas dibuka.


2. SIMPAN DI DALAM CHILLER

- Tahan selama 24 minggu dari tarikh penerimaan.

- Selepas dibuka, simpan dalam chiller. Tahan 12 minggu selepas dibuka.


3. PENYIMPANAN SECARA SEJUK BEKU (FROZEN) 

- Tahan selama 48 minggu dari tarikh penerimaan.

- Selepas dibuka, simpan dalam chiller. Tahan 12 minggu selepas dibuka.

Ada yang minat pekasam daging tak?

 

Rasa daging yg masam ditambah dengan beras goreng yg rangup. Makan dengan nasi panas.. Pergghh.. 😍 Bertambah2 makannya... 

Rugi sangat tak cuba
. 
Dm yer.. Klik

. 

.